Monday, 20 September 2010
Wednesday, 15 September 2010
Read, read ,read, read then write
" jika ingin menjadi seorang penulis,pertama sakali kena membaca,kedua kena membaca,ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis."
hannan carilah malam lailatul qadar pada ramadhan yang akan datang
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "
hannan learns area of a circle
"Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok."
hannan learns area of a circle
The area of a circle is the number of square units inside that circle. If each square in the circle to the left has an area of 1 cm2, you could count the total number of squares to get the area of this circle. Thus, if there were a total of 28.26 squares, the area of this circle would be 28.26 cm2 However, it is easier to use one of the following formulas: |
or http://www.mathgoodies.com/lessons/vol2/circle_area.html A circle is a simple shape of Euclidean geometry consisting of those points in a plane which are equidistant from a given point called the centre (or center; cf. American and British English spelling differences). The common distance of the points of a circle from its centre is called its radius. Circles are simple closed curves which divide the plane into two regions, an interior and an exterior. In everyday use, the term "circle" may be used interchangeably to refer to either the boundary of the figure (also known as the perimeter) or to the whole figure including its interior. However, in strict technical usage, "circle" refers to the perimeter while the interior of the circle is called a disk. Thecircumference of a circle is the perimeter of the circle (especially when referring to its length). A circle is a special ellipse in which the two foci are coincident. Circles are conic sections attained when a right circular cone is intersected with a plane perpendicular to the axis of the cone. http://en.wikipedia.org/wiki/Circle |
Monday, 13 September 2010
ajar kepada orang satu ilmu yang bermanfaat .....
Apabila kita mengajar kepada orang satu ilmu yang bermanfaat, dan orang itu
mengamalkan ilmu tersebut serta mendapat kebaikan, malah menjadi lebih baik
dengannya, sebenarnya ada saham pahala untuk dia dan kita..... semakin tersebar
ilmu tersebut, semakin tinggi saham kita, malah ia berterusan selepas kita
meninggal saaampai hari kiamat.
Thursday, 9 September 2010
nak hafaz Quran tapi takut lupa
beberapa zikir yang saya amalkan setiap kali terlupa ayat Al-Quran yang dihafaz iaitu :
1. Berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan melalui Istiazah, kerana penyakit lupa mungkin disebabkan perbuatan syaitan yang menutup ingatan kita supaya lupa, seperti yang pernah berlaku kepada pembantu Nabi Musa. Rujuk Surah Kahfi, ayat 60-65.
2. Mengingati Allah dengan memperbanyakkan Istighfar, kerana kita terlupa mungkin disebabkan banyaknya maksiat yang dilakukan. Ini selaras dengan firmanNya dalam Surah Kahfi, ayat 24.
3. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W. kerana selawat akan mengundang rahmat dari Allah.
ALASAN KEEMPAT : RISAU MENGHAFAZ KERANA TAKUT LUPA.
Menurut psikologi, penyakit lupa disebabkan beberapa faktor iaitu :
1. Usang. Maklumat dibiarkan begitu lama tanpa cuba diingati kembali
2. Gangguan. Maklumat baru (ayat hafazan baru) bertindih dengan ayat hafazan lama dalam ingatan, atau sebaliknya.
3. Tekanan. Termasuk penyakit stress, kebimbangan dan konflik hidup.
Nampaknya kita tidak ada cara untuk mengelak seratus-peratus dari penyakit lupa. Anda tetap akan lupa walaupun anda makan kismis doa satu tempayan, minum air Yasin 3 baldi serta telan pil minyak ikan satu lori. Ini kerana, otak kita dijadikan Tuhan dengan kemampuan untuk mengingati dan melupakan maklumat serta ingatan dalam jangka waktu tertentu.
Tetapi, jika difikir betul-betul, apa sangat yang kita takutkan dengan lupa sehingga ia begitu sekali diperbesarkan? Apakah ia akan menjadikan kita berdosa besar? Belum pasti. Apakah ia akan menyebabkan anda pasti masuk neraka? Pasti tidak. Apakah dengan tidak menghiraukannya usaha anda menghafaz akan menjadi lebih mudah? Sudah tentu.
Maka, supaya anda tidak terlalu lama takutkan hantu bernama ’lupa’, saya turunkan petua yang ibu saya wariskan 16 tahun lalu ketika saya takutkan masalah sama.
‘Angah, mak tak mahu engkau asyik fikir ‘angah tak mampu hafaz sebab selalu lupa’, tapi mak mahu angah fikir ‘apa yang perlu angah buat supaya hafazan tak lupa’.
Sampai sekarang nasihat tersebut berbekas di hati. Ibu saya mengajarkan bahawa lebih baik kita melihat lupa sebagai perkara positif bukannya negatif. Lupa adalah satu nikmat bukan malapetaka. Dengan berfikir begini, kita sedang melakukan perubahan kecil yang tidak memerlukan modal besar tetapi menghasilkan keuntungan sangat tinggi. Dengan berfikiran positiflah, saya sentiasa berusaha mengulang hafazan setiap hari tanpa jemu. Dengan berfikir positiflah, Alhamdulillah setakat ini hafazan Al-Quran saya agak baik walaupun saya tidak nafikan, masih terdapat beberapa surah yang perlu digilap. Dengan bertindak positif juga, saya cuba berfikir kreatif menghasilkan teknik terbaik untuk golongan umum menghafaz sehingga lahirnya kaedah ini.
Maka jangan panik menghadapi penyakit lupa. Lihatlah ia sebagai satu cabaran bukan halangan. Jika anda terus berfikiran begini, saya yakin anda bukan setakat menghafaz 10 surah, malah mungkin mendapat gelaran ‘hafiz’ 30 juz nanti. Dan sebagai bonus tambahan, saya turunkan beberapa zikir yang saya amalkan setiap kali terlupa ayat Al-Quran yang dihafaz iaitu :

Cubalah amalkannya, InsyaAllah, anda akan merasai keberkatannya nanti. Yang penting, katakan pada diri anda sekarang : ’Wahai penyakit lupa, aku telah menjatuhkan ‘talak tiga’ kepadamu!’
- jawapan di atas dipetik dari ebook kaedahjibril. Anda boleh mengetahui teknik termudah dan paling prkatikal utk start azam menghafaz AlQuran sempena ramadhan ini dnegna mengunjungiwww.kaedahjibril.com
kaedah jibril saya baru tahu dan jumpa
Adakah saya perlukan ustaz jika menghafaz menggunakan Kaedah Jibril?
Hannan hafal dan Read Surah Al Waqiah then al MUlk ok
http://juzquran.blogspot.com/2010/02/sura-56-waqia-from-holy-quran.html
http://juzquran.blogspot.com/2010/02/sura-56-waqia-from-holy-quran.html
Ribuan peserta telah menyertai seminar ini sepanjang ia diadakan diseluruh pelosok negara pada tahun 2007-2009 sebelum Ustaz Asraff ke New Zealand.
Ratusan yang telah mendapat idea dan berjaya menghafaz surah-surah popular yang mereka idamkan selama ini seperti Surah Sajadah, Rahman, Waqi'ah, Mulk dan lain-lain.
10 surah popular untuk di hafal Al Quran
hannan bacalah artikel dibawah ini..
semuga perjalanan menghafaz Hannan insyaAllah berjaya Hafaz satu Al Quran.
sedikit sedikit lama lama jadi bukit.....
source
http://www.asraffayob.com/dunia-hafazan-al-quran/tips-hafazan-advance-2-ingin-sertai-perlumbaan-%E2%80%98marathon-30%E2%80%99/
Baru-baru ini, saya mendapat emel dari seorang yang sangat ingin menghafaz Al-Quran sempena ramadhan ini. Tetapi, katanya ‘ustaz, semangat saya dah berkobar-kobar dah nak start hafaz surah Mulk tu, tapi saya sibuk sangatlah ustaz…macammana nak buat ye..?
Macammana nak buat ye…..haa…. Saya dah selalu dapat soalan sebegini…. soalan berbentuk ’sukar,sibuk,takda masa’ ini ada 3 lagi kembarnya yang lebih popular….ada baiknya saya perturunkan kesemua jawapannya agar sempena Ramadhan ini, anda dapat menghafaz dengan lebih aman dan tenteram….
==================
Ada 4 kesukaran utama yang kerap menjadi alasan golongan ‘katakan tidak pada hafazan’. Alasan ini saya kumpulkan dari ribuan respon peserta seminar Kaedah Jibril. Antara ratusan halangan, alasan serta gangguan, mereka telah bersepakat dengan 4 alasan utama iaitu :
1. Sukar menghafaz kerana tidak fasih membaca Al-Quran
2. Sukar menghafaz kerana tiada masa
3. Sukar menghafaz kerana faktor usia
4. Risau menghafaz kerana takut lupa.
Baiklah, mari kita mengenalinya satu persatu agar anda termasuk dalam golongan yang berkata ‘katakan YA pada menghafaz’.
ALASAN PERTAMA : SUKAR MENGHAFAZ KERANA TIDAK FASIH MEMBACA AL-QURAN.
Ia merupakan antara ikon terhebat dalam kompilasi 100 alasan ’mengapa saya tidak boleh menghafaz’ kerana kami menerima puluhan emel yang bersetuju dengannya. Yang terkilannya apabila diteliti hujah golongan ini, mereka memang sejak dari awal lagi tidak berminat menghafaz. Jadi, mereka mereka-reka ungkapan yang berbunyi ’saya tidak mampu menghafaz kerana tajwid tidak betul’.
Selalunya, saya tidak akan membalas e-mel golongan ’yakin tidak boleh’ ini kerana bagi saya, satu jawapan positif diberikan, seribu jawapan negatif mereka keluarkan.
Tetapi, dalam puluhan e-mel golongan tersebut, ada satu e-mel yang menarik perhatian saya. E-mel ini telah saya balas kerana ada cahaya harapan disebalik ketidakmampuannya. Anda boleh mendapatkan jawapan bagi persoalan ini melalui emelnya yang saya paparkan disini :
Assalamualaikum Ustaz,
Assalamualaikum Ustaz,
Saya telah menghadiri Seminar Kaedah Jibril di (tempat dirahsiakan) tempohari dan saya amat seronok menghadirinya. Terima kasih saya ucapkan kerana ustaz telah berkongsi maklumat yang cukup mantap dalam seminar sehari yang sungguh ceria. Walaupun saya amat teruja dengan kaedah ustaz, tetapi bila balik rumah, saya rasa sukar menghafaz kerana bacaan Al-Quran saya masih merangkak-rangkak dengan gagap di sana-sini. Saya benar-benar takut mendapat dosa menghafaz dengan tajwid yang masih tidak betul. Bolehkah ustaz berikan sebarang petua untuk masalah ini?
Terima kasih.
Puan …. (identiti dirahsiakan).
Saya menjawabnya kembali :
Assalamualaikum Puan …….
Terima kasih atas e-mel yang telah dihantar dan saya amat menghargai kehadiran dan sokongan puan kepada seminar kami. Saya tidak nafikan memang ramai dikalangan kita ynag tidak yakin menghafaz kerana tajwid yang tidak sempurna. Tetapi ini tidak boleh dijadikan sebab untuk kita berhenti menghafaz. Malahan, jika puan terus menghafaz (dan tentunya sentiasa memperkemaskan bacaan melalui berguru), saya akan sampaikan berita gembira dari Rasulullah S.A.W kepada golongan seperti puan iaitu :
“Mereka yang membaca Al-Quran dan dia mahir dengannya maka dia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Quran sedangkan dia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka bagi mereka dua pahala.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Puan patut tersenyum sekarang kerana pahala puan ’double’, sedangkan pahala saya yang dianggap mahir ini satu sahaja. Rasanya, standard tajwid bacaan Al-Quran puan tidaklah teruk sangat seperti yang puan sangkakan. Bahkan sebenarnya, dengan kekerapan kita membaca Al-Quran melalui hafazan, ia akan meningkatkan lagi fasohah serta lahjah sebutan huruf. Lama-kelamaan, tahap kecekapan bacaan puan akan bertambah sempurna.
Saya amat berharap agar puan tidak sekali-kali terkeliru dengan segala kesulitan yang digambarkan syaitan dalam fikiran. Kutuklah kekeliruan itu sepenuh hati, dan bersungguh-sungguhlah berperang mengatasinya. Teruskan usaha puan memperbaiki dan menghafaz Al-Quran kerana disebalik setiap ayat yang puan lafazkan, ada 2 kali ganda pahala yang malaikat catatkan. Yakinlah, ladang amal puan bertambah penuh dengan hasil tuaian pahala hafazan kelak!
Selamat menghafaz dan menuai…
Ustaz Asraff Ayob.
ALASAN KEDUA : SUKAR MENGHAFAZ KERANA TIADA MASA.
Rasanya alasan tiada masa ini lebih popular dari alasan pertama. Ada berpuluh-puluh dalih bernada serupa : sibuk mesyuarat, sering outstation, ada 15 cucu yang hendak dijaga, dateline kerja bertimbun-timbun dan berbagai-bagai lagi.
Untuk menjawab alasan ini, saya mengajak anda meneliti fakta berikut :
Bayangkan jika kita diberi umur sama dengan Rasulullah S.A.W : 63 tahun.
- Jika tidur 7 jam sehari : jumlahnya sama dengan 18 tahun dari 63 tahun usia anda.
- Jika makan 2 jam sehari : sama dengan 5 tahun
- Jika menonton television 4 jam sehari : sama dengan 10 tahun
- Jika di tandas 1 jam sehari : sama dengan 2 tahun
- Jika bersembang 3 jam sehari : sama dengan 7 tahun setengah
- Jika menghafaz/baca Al-Quran 30 minit sehari : sama dengan setahun setengah
Kesimpulannya, adakah dakwaan tiada masa itu benar-benar berlaku? Bolehkah kita mempercayai waktu kita sentiasa tidak cukup sedangkan 4 ke 5 jam kita habiskan begitu sahaja hanya untuk makan dan bersembang? Bagaimana kita boleh berkata ’saya sangat sibuk’ sedangkan pada masa yang sama, waktu menonton televisyen kita kadang-kadang lebih panjang dari waktu solat? Atau kita sedang menegakkan perkataan ’malas’ dengan berselindung di sebalik kesibukan?
Saya faham, mungkin sebahagian anda tidak bersetuju dengan fakta di atas. Tetapi jika diperhatikan betul-betul, prioriti waktu kita sering tunggang-langgang sehingga waktu yang digunakan untuk ilmu sering tidak setanding dengan waktu yang digunakan untuk urusan nafsu. Benar kata-kata Zig Ziglar, ‘Bukan tidak ada masa tetapi tidak ada arah’. Pengurusan masa kita tidak diuruskan dengan betul sehingga kita lebih banyak berehat dari melakukan perkara bermanfaat. Patutlah Tuhan awal-awal lagi menempelak kita sebagai ‘golongan yang rugi’ dalam surah Al-Asr :
Demi waktu. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.. (Surah Al-Asr 1-2)
‘Tetapi ustaz tak faham hidup saya, sampaikan nak makan pun kadang-kadang terkejar-kejar!’
Ya benar, saya pun kadang-kadang begitu. Tetapi ia tidaklah berterusan setiap hari bukan? Sebenarnya begini : apabila sistem kepercayaan kita disetkan ‘masa tidak pernah cukup’ teka apa yang terjadi? Memang masa tidak pernah cukup. Tetapi jika anda berfikir sebaliknya ‘saya ada masa untuk menghafaz’, anda bukan setakat menghafaz sepuluh surah, bahkan seluruh Al-Quran pun mampu!
Kesimpulannya, kita semua mempunyai pilihan dalam hidup ini. Saya memilih untuk menjadi hafiz, dan saya membuat pilihan itu setiap hari. Anda juga begitu. Jika setiap hari anda berfikir ’saya ingin menghafaz Al-Quran’ dan berusaha sedikit demi sedikit untuknya, anda sebenarnya sedang membina program untuk diri anda. Mungkin pada awalnya anda merasa sedikit sukar, tetapi bila ia dilakukan setiap hari, program tersebut akan berjalan secara automatik.
Pokok-pangkalnya ialah : jika ’kerana Allah’ menjadi prioriti utama, InsyaAllah Tuhan akan melapangkan masa anda. Yakinlah.
ALASAN KETIGA : SUKAR MENGHAFAZ KERANA FAKTOR UMUR.
Disebabkan seminar Kaedah Jibril banyak dihadiri golongan dewasa dan berusia, maka alasan ini termasuk dalam kategori sebab paling popular dikemukakan. Selalunya ia datang dari peserta berusia 50 tahun ke atas, dan kerana itulah, saya bersiap sedia dengan jawapan yang sesuai dengan tingkat umur tersebut.
’Ustaz, makcik rasa otak ni slow lah, sebab umur makcik sekarang dah nak dekat pencen dah…’ celah seorang makcik ketika saya menerangkan kadar hafazan Kaedah Jibril.
’Tapi makcik, walaupun usia dah nak dekat pencen, otak kita tak pernah pencen…. lagipun, usia emas seperti makciklah usia paling sesuai mula menghafaz, sebab Rasulullah pun mula menghafaz ketika berumur 40 tahun, dan selesai ketika usia lebih dari pencen – 63 tahun! Kalau start hafaz sekarang, makcik dapat pahala ikut sunnah!’
Saya menjawabnya dengan senyuman. Makcik itu pun tersenyum lebar.
Memang benar, perkataan ’pencen’ tidak pernah dikenali oleh otak kita. Prestasinya akan menurun jika kita kurang menggunakannya, tetapi jika anda selalu menghafaz, prestasinya semakin bertambah. Lagipun saya percaya, setiap perilaku Rasulullah boleh kita jadikan ’Qudwah Hasanah – contoh terbaik’ termasuklah usia nabi menghafaz Al-Quran. Bagi Rasulullah, tiada istilah ’usia subsidi’ ’usia pencen’ atau ’usia R.T.M – rehat, tidur, makan’ kerana Al-Quran mengajar kita berusaha tanpa henti sampailah nyawa bercerai dari badan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amalan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amalan lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon. – Surah As-Syarh 7,8
Saya pernah berpeluang mengajar kelas menghafaz Al Quran untuk dewasa. Salah seorang pesertanya, seorang wanita yang agak berumur merupakan antara peserta tertua kelas ini. Berdasarkan pencapaian hafazannya yang agak sederhana, persepsi awal saya mengagak beliau tidak akan bertahan lama. Setelah 4 bulan berlalu, ternyata anggapan saya tersebut sangat meleset! Beliau merupakan peserta yang paling hebat dan kuat hafazannya sehinggakan saya mengagak tentu beliau memiliki teknik lain yang tidak dikongsi bersama saya.
6 bulan kemudian, kelas tersebut terpaksa ditamatkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sejak itu saya tidak menemui makcik itu lagi. Tetapi setahun kemudian, beliau menelefon saya untuk bertanya surah lain yang perlu dihafaz. Alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati beliau masih mengekalkan ingatan 10 surah hafazannya selama ini. Menarik bukan! Dan sebagai tambahan, umurnya sudah menjangkau 68 tahun!
Moral cerita ini ialah : tiada istilah pencen dalam menghafaz Al-Quran.
ALASAN KEEMPAT : RISAU MENGHAFAZ KERANA TAKUT LUPA.
Menurut psikologi, penyakit lupa disebabkan beberapa faktor iaitu :
1. Usang. Maklumat dibiarkan begitu lama tanpa cuba diingati kembali
2. Gangguan. Maklumat baru (ayat hafazan baru) bertindih dengan ayat hafazan lama dalam ingatan, atau sebaliknya.
3. Tekanan. Termasuk penyakit stress, kebimbangan dan konflik hidup.
Nampaknya kita tidak ada cara untuk mengelak seratus-peratus dari penyakit lupa. Anda tetap akan lupa walaupun anda makan kismis doa satu tempayan, minum air Yasin 3 baldi serta telan pil minyak ikan satu lori. Ini kerana, otak kita dijadikan Tuhan dengan kemampuan untuk mengingati dan melupakan maklumat serta ingatan dalam jangka waktu tertentu.
Tetapi, jika difikir betul-betul, apa sangat yang kita takutkan dengan lupa sehingga ia begitu sekali diperbesarkan? Apakah ia akan menjadikan kita berdosa besar? Belum pasti. Apakah ia akan menyebabkan anda pasti masuk neraka? Pasti tidak. Apakah dengan tidak menghiraukannya usaha anda menghafaz akan menjadi lebih mudah? Sudah tentu.
Maka, supaya anda tidak terlalu lama takutkan hantu bernama ’lupa’, saya turunkan petua yang ibu saya wariskan 16 tahun lalu ketika saya takutkan masalah sama.
‘Angah, mak tak mahu engkau asyik fikir ‘angah tak mampu hafaz sebab selalu lupa’, tapi mak mahu angah fikir ‘apa yang perlu angah buat supaya hafazan tak lupa’.
Sampai sekarang nasihat tersebut berbekas di hati. Ibu saya mengajarkan bahawa lebih baik kita melihat lupa sebagai perkara positif bukannya negatif. Lupa adalah satu nikmat bukan malapetaka. Dengan berfikir begini, kita sedang melakukan perubahan kecil yang tidak memerlukan modal besar tetapi menghasilkan keuntungan sangat tinggi. Dengan berfikiran positiflah, saya sentiasa berusaha mengulang hafazan setiap hari tanpa jemu. Dengan berfikir positiflah, Alhamdulillah setakat ini hafazan Al-Quran saya agak baik walaupun saya tidak nafikan, masih terdapat beberapa surah yang perlu digilap. Dengan bertindak positif juga, saya cuba berfikir kreatif menghasilkan teknik terbaik untuk golongan umum menghafaz sehingga lahirnya kaedah ini.
Maka jangan panik menghadapi penyakit lupa. Lihatlah ia sebagai satu cabaran bukan halangan. Jika anda terus berfikiran begini, saya yakin anda bukan setakat menghafaz 10 surah, malah mungkin mendapat gelaran ‘hafiz’ 30 juz nanti. Dan sebagai bonus tambahan, saya turunkan beberapa zikir yang saya amalkan setiap kali terlupa ayat Al-Quran yang dihafaz iaitu :
1. Berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan melalui Istiazah, kerana penyakit lupa mungkin disebabkan perbuatan syaitan yang menutup ingatan kita supaya lupa, seperti yang pernah berlaku kepada pembantu Nabi Musa. Rujuk Surah Kahfi, ayat 60-65.
2. Mengingati Allah dengan memperbanyakkan Istighfar, kerana kita terlupa mungkin disebabkan banyaknya maksiat yang dilakukan. Ini selaras dengan firmanNya dalam Surah Kahfi, ayat 24.
3. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W. kerana selawat akan mengundang rahmat dari Allah.
Cubalah amalkannya, InsyaAllah, anda akan merasai keberkatannya nanti. Yang penting, katakan pada diri anda sekarang : ’Wahai penyakit lupa, aku telah menjatuhkan ‘talak tiga’ kepadamu!’
- jawapan di atas dipetik dari ebook kaedahjibril. Anda boleh mengetahui teknik termudah dan paling prkatikal utk start azam menghafaz AlQuran sempena ramadhan ini dnegna mengunjungiwww.kaedahjibril.com
====
salam ustaz…adakah 10 surah popular tersebut seperti dibawah..mohon dibetulkan
1.0 Yassin
2.0 As-Sajadah
3.0 Ad-Dukhaan
4.0 Al-Mulk
5.0 Ar-Rahmaan
6.0 Al-Kahfi
7.0 Al-Hasyr
8.0 Al-Waaqiah
9.0 Al-Insan
10.0 Al-Hadiid.
Terima Kasih
- Ustaz Asraff says:
W’salam…semua yg lain betul kecuali kahfi, hasyr & hadid. Gantikannya dgn - jum’ah, muzammil, qiyamah. Tetapi, untuk lebih fleksibel, anda boleh sahajamenghafaz 3 surah yg disnaraikan tadi….syukran
http://www.kaedahjibril.com/
http://www.kaedahjibril.com/
blog zaujah ustaz
http://sicomelmama.blogspot.com/
http://www.asraffayob.com/dunia-hafazan-al-quran/saya-nak-start-menghafaz-ramadhan-ni-tapi-sibuk-sangatlah-ustaz/#more-204