free counters

Thursday, 9 September 2010

Semut dalam surah An-Nahlu jantan ke betina part 1

Semut dalam surah An-Nahlu jantan ke betina part 1








Salam sejahtera,
Kali ni safwanz.com nak timbulkan persoalan la. Semut dalam Surah An-Nahlu jantan ke betina? Sebenarnya persolan ini dah lama timbul. Di zaman kegemilangan ilmu Islam di Baghdad sebelum serangan orang Tartar, perkembangan ilmu sangat maju. Ramai ahli2x ilmu muncul buat kajian , cipta itu cipta ini dan banyak juga pertejemahan buku-buku falsafah yunani ke bahasa Arab. Orang eropah ketika itu bangga dengan jubah dan budaya islam bila mereka balik negara diorang .Tapi sekarang orang islam pula bangga dengan tie dan kot ( dah terbalik). Perkembanagan ilmu sangat maju dan banyak perpustakaan telah dibuka. Khalifah sendiri bagi ganjaran kat penulis buku dengan bagi hadiah emas seberat buku yang ditulis. Tapi bagi aku inilah saat kejatuhan Islam apabila usaha dakwah ditinggalkan kerana umat terlalu sibuk dengan ilmu. Cari ilmu untuk dapat ganjaran. hilang keikhlasan.
Berbalik kepada persoalan di atas. Zaman itu pon ade kajian pasal semut dalam surah An-Nahlu sama ada semut yang bagi arahan itu jantan atau betina. Berikut ialah tafsir surah An-Nahlu ayat 18-19:
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Lembah Semut, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.
Maka tersenyum Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau reda; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih.” (Ayat 18-19).
Ok, jawapan persoalan ini akan aku beritahu dalam post ”Semut dalam surah An-Nahlu jantan ke betina part 2″ yang akan datang. Korang tekalah dengan bagi komen sebanyak mungkin.
Ok sekian sahaja untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment